Thursday, November 20, 2014

PruBSN SmartLink

Apakah PruBSN SmartLink?
PruBSN SmartLink adalah satu pelan sumbangan berkala berkaitan-pelaburan yang direka untuk menyediakan perlindungan serta membina dana pendidikan yang kukuh untuk anak anda. Pelan ini juga menganugerahkan kecemerlangan akademik anak anda melalui manfaat uniknya, Bonus EduSmart. Anda juga boleh mengambil pelan untuk anak di dalam kandungan jika anda hamil lebih dari 20 minggu.
PruBSN SmartLink adalah fleksibel di mana anda boleh memilih sama ada pelan tersebut matang apabila anak anda mencapai 25 tahun atau anda boleh melakukan perancangan masa hadapan supaya ia tamat tempoh pada umur 80 atau 100 tahun.

Apakah perlindungan tambahan yang diberikan dalam PruBSN SmartLink?
PruBSN SmartLink melindungi anak anda seawal umur 20 minggu kehamilan. Semasa tempoh ini kami memberikan anak anda tempoh perlindungan yang diperlukan sehingga dia dilahirkan. Dapatkan Extra Basic dan kami akan memberikan perlindungan semasa anda hamil serta manfaat-manfaat selepas lahir untuk bayi anda.
Apakah pelan yang serupa yang boleh saya ambil jika saya bersedia untuk berkeluarga?
Apabila anda sudah bersedia untuk berkeluarga, anda boleh mengambil rider Baby Care. Rider ini melindungi bayi anda dan anda semasa hamil dan selepas lahir - dan kami berikan perlindungan yang sama untuk setiap kelahiran.
Kami juga menyediakan Bonus Imunisasi sebanyak RM200, selepas 2 tahun anak anda dilahirkan.
Siapakah yang layak untuk mengambil rider Baby Care?
Jika anda berumur di antara 19 dan 40 tahun, anda boleh mengambil rider ini bersama pelan PruBSN FirstLink atau PruBSN TakafulLink anda. Pelan ini akan melindungi anda sekiranya anda hamil sebelum anda berumur 46 tahun.
Apakah manfaat-manfaat yang diberikan pelan ini?
Bagaimanakah PruBSN SmartLink menyumbang ke arah pendidikan anak saya?
Bagaimanakah saya boleh membuat tuntutan untuk Edu Smart Bonus?
Ianya adalah mudah!
      1. Pastikan bayaran sumbangan anda adalah terkini.
      2. Buat satu salinan yang disahkan benar bagi sijil peperiksaan asal anak anda.
      3. Serahkan salinan di mana-mana kaunter PruBSN di seluruh negara.
      4. Selepas ia disahkan, anda akan diberikan cek untuk pencapaian anak anda.

Apakah perlindungan asas PruBSN SmartLink?
Bagaimanakah untuk meningkatkan lagi manfaat PruBSN SmartLink?
Berapakah bayaran sumbangan saya untuk pelan ini?
Sumbangan perlindungan bulanan minimum untuk SmartLink ialah RM50. Walau bagaimanapun, amaun sumbangan sebenar anda akan bergantung kepada yang berikut:
      1. umur anda
      2. amaun perlindungan anda
      3. umur kematangan yang anda pilih
      4. status kesihatan anda
      5. jantina anda
      6. pekerjaan anda (jika berkenaan)

Contoh Jadual Sumbangan
Ini adalah perlindungan minimum berdasarkan Sumbangan Perlindungan anda.

No comments:

Post a Comment